Kenapa perlu
network?
Membolehkan dua komputer yang terletak di
mana sahaja di dunia ini untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
Membolehkan komputer yang terdiri daripada jenis-jenis yang berlainan
contohnya Macintosh,PC dan mainframe untuk berhubung dengan
bahasa yang berlainan atau pun protokol.
Networking dicipta hasil daripada aplikasi yang dibina daripada dunia
perniagaan.
Komputer awal yang dicipta hanyalah terhad kepada penggunaan "stand
alone" - bekerja sendiri dan tidak ada hubungan antara satu sama
lain.
Dari itu satu penyelesaian perlu dibuat kerana dilihat bahawa cara
penggunaan komputer yang ada tidak menggunakan "resources"
dengan cara yang "cost effective" dan efisyen.
Penyelesaian yang dicari perlu memenuhi kriteria berikut :-
1.Bagaimana untuk mengelakkan data/peralatan komputer diduplikasikan.
2.Bagaimana komputer dapat berhubung dengan cekap.
3.Bagaimana untuk mengendali network tersebut.
Dengan itu lahirlah konsep network!
KOMPONEN NETWORK PC ANDA
Sebelum kita pergi jauh lagi, mari kita lihat komponen asas
network yang ada pada PC anda. Kita lihat dahulu subsistem yang ada di
PC anda untuk membolehkan kita mempelajari bagaimana ia bekerja.
Kita senaraikan terlebih dahulu komponen yang ada seperti :-
Komponen "discrete"
transistor integrated circuit resistor capacitor connectors light
emitting diode (LED) solder
Komponen subsistem :-
printed circuit board (pcb), CD-ROM drive ,CPU, floppy disk drive, hard
disk drive, microprocessor, motherboard ,bus, RAM, ROM system unit,
expansion slot, power supply
Komponen backplane :-
network card, video card, sound card,
parallel port, serial port, mouse port, monitor, connector power, cord
 | Network
Interface Card (NIC)
NIC medium menghubungkan PC anda kepada network.
Disambung pada motherboard
Ada beberapa jenis card dipasaran – Ethernet, Token Ring dan
FDDI.
NIC berhubung dengan network melalui sambungan serial.
NIC berhubung dengan komputer melalui sambungan parallel.
Setiap satu memerlu IRQ dan IO address dan upper memory bagi DOS
dan Windows 95/98
| SAMBUNGAN
CABLING
Komponen |
Catatan |   | 10 Base-2
BNC 10Mbs
Ia menggunakan coaxial cable 50ohm (RG58) dan had
maximum yang boleh digunakan ialah 185m.
Coaxial cable adalah cable serupa yang digunakan bagi
antenna TV anda (UHF) dan contoh BNC connector yang
terdekat adalah connector yang menyambungkan
cable antenna anda ke TV.
Bagi komputer pertama dan terakhir didalam rangkaian
coaxial cable memerlukan terminator 50ohm.
Tanpa terminator tersebut akan menyebabkan network
anda tidak berfungsi.
Selain dari terminator , T-connector diperlukan untuk
menghubungkan antara 2/atau set coaxial kabel yang
lain.
Satu kelemahan coaxial adalah jika satu sambungan BNC
pada satu komputer longgar atau rosak akan menyebabkan
seluruh network tersebut down!
|
 
| RJ45
adalah jenis connector
yang digunakan untuk sambungan ke UTP (unshielded
twisted pair) cable.
Ia adalah jenis sambungan yang paling popular bagi LAN
kerana harganya murah dan mudah didapati..
Panjang maximum yang boleh digunakan ialah 100m.
Kelihatan seperti connector telefon tetapi
saiznya lebih besar.
|

| DB25
yang kelihatan di sebelah
adalah DB25 female.Version male pula mempunyai 25 pin
dan female mempunyai 25 lubang.
Contoh penggunaan ialah seperti kabel printer dan
kabel zipdisk.
Output voltage adalah 0-5V mewakili logic 1dan
0.(kabel printer)
|

| DB15 seperti
DB25 mempunyai 15 pin bagi male dan 15 lubang bagi
female.
|

| CAT5(100Mbs)
cable atau
category 5 cable mempunyai maximum kelajuan 100Mbs.
Kelihatan seperti cable telefon tetapi mempunyai
properties yang berlainan.
Panjang maximum ialah 100m.
Seperti cable lain
untuk sambungan lebih dari panjang maximum , repeater
boleh digunakan.
|

| USB
(Universal Serial Bus)
Teknologi
cabling yang masih baru.
|
Dua jenis sambungan yang paling popular adalah
:-
i)10Base2
ii)10BaseT
|
10Base2
10Base2
Cabling

Coaxial
cabling
Berdasarkan gambarajah di atas kita boleh lihat komponen
asas bagi coaxial cabling.
RG58 cable.
Kabel ini mudah didapati di kedai elektronics atau
komputer. Boleh dibeli dengan jumlah yang banyak dan ada
jugak yang sudah siap dipasang dengan BNC cable
connector.
BNC
connector w/ terminator (50 ohm)
Terminator tersebut diperlukan pada komputer pertama
dan yang terakhir. Ketiadaan terminator atau terminator
yang tidak dipasang dengan betul akan menyebabkan
network anda down.
BNC cable connector
Ialah connector kepada coaxial cable RG58. Sebelum
dipasang ia terdiri daripada beberapa komponen. Kulit
luar dari cable RG58 tersebut perlu dibuang dan
dimasukkan ke BNC connector. Alat crimping tool
digunakan untuk mengepitkan BNC cable connector tersebut
kepada coaxial cable RG58.
Tips! * Anda harus berhati-hati bila membuat
pemasangan kerana kerapkali berlaku network down (yang
pernah saya alami) disebabkan pemasangan BNC connector
yang tidak sempurna.Jadi mungkin "worth it"
kalau ambil masa lebih sedikit supaya pemasangan yang
sempurna dengan memastikan tiada sentuhan antara wayar
dalaman yang tidak berkenaan kepada BNC connector.
BNC T-
connector
Digunakan untuk sambungan kepada dua kabel
berasingan untuk input dan output.
Pada praktikalnya digunakan untuk sambungan ke ethernet
card pada setiap workstation juga untuk sambungan
ke komputer/router yang pertama dan terakhir(untuk
kegunaan terminator).
BNC barrel connector
Untuk sambungan dua segmen kabel.
Repeater
Untuk satu segmen limit sambungan ada maksimum 186m.
Untuk jarak yang lebih jauh repeater digunakan untuk
menguatkan signal network tersebut.
Contoh
network menggunakan BNC cabling.

|
|
10BaseT
 | 10
BaseT cabling digunakan untuk sambungan
rangkaian yang menggunakan topologi bintang.
Amat sesuai bagi rangkaian yang memerlukan
flexibiliti dan realibiliti dalam penggunaanya.
Bagi UTP cabling ini setiap PC mempunyai network
card yang disambungkan dengan kabel UTP ini ke
hub atau switch. Secara amnya sambungan
rangkaian UTP adalah lebih "reliable"
jika hendak dibandingkan dengan sambungan
coaxial dimana penggunaan hub/switch banyak
membantu dalam memperbaiki "data
errors" dalam sambungannya. Selain dari itu
UTP cabling tidak akan mengakibatkan seluruh
rangkaian "down" jika salah satu
komputer atau sambung cabling rosak (berbanding
dengan sambungan coaxial yang akan menyebabkan
seluruh network "down" hanya
disebabkan oleh satu sambungan rosak)
Dari segi
sejarah pada awal penggunaan sambungan 10Base-T,
kabel kategori 3 (Cat 3) digunakan untuk
sambungan 10Mbs. Kabel Cat 3 ini hampir sama
dengan kabel telefon yang kita gunakan di rumah.
Tetapi sekarang kabel Cat 5 adalah lebih banyak
digunakan kerana kualiti signal yang lebih baik
dihasilkan untuk kegunaan sistem 10Base-T. |
Huruf
T pada perkataan 10Base-T adalah membawa makna
"twisted" iaitu jenis sambungan
UTP(unshielded twisted pair) kabel yang
digunakan. |  |
Biasanya ada
dua jenis cabling yang digunakan untuk sambungan
10Base-T seperti berikut:-
i) Straight through cable
ii) Crossover cable

Straight through cable digunakan untuk sambungan
seperti berikut :-
* Sambungan dari router kepada hub/switch.
* Sambungan dari server kepada hub/switch.
* Sambungan dari workstation kepada hub/switch.

Crossover cable
pula digunakan untuk sambungan seperti berikut :-
* Sambungan uplink antara switch.
* Sambungan hub kepada switch.
* Sambungan hub kepada hub lain.
* Sambungan network terus antara dua komputer (tanpa
hub/switch).
* Sambungan router interface kepada router interface
yang lain.
 | Attenuation
pada 10BaseT
Satu perkara yang perlu diambil kira pada
pengukuran jarak kabel 10Base-T adalah
attenuation.Attenuation adalah pengecilan
amplitud sesuatu isyarat apabila melalui satu
medium yang menghilangkan tenaganya. Dalam kes
10Base-T attenuation yang dibenarkan adalah
11.5dB yang diukur dari satu hujung kabel
tersebut dengan menggunakan testing device.
Secara amnya kabel Cat 5 mempunyai attenuation
sebanyak 10dB per 500 kaki pada frekuensi
10MHz.Maka jarak maksimum setelah dikira
termasuk patch cable dan patch panel sambungan
Cat 5 boleh dikatakan tidak boleh melebihi 150m
iaitu lebih kurang 490kaki. |
Perbandingan Thinnet 10Base2
dengan Unshielded Twisted Pair 10BaseT
Ciri-ciri | Thinnet
(10Base2) | UTP
(10BaseT) | Harga
kabel | Lebih
mahal sedikit dari 10BaseT | Murah | Panjang
maksimum | 185
meter * | 100meter
* | Kelajuan | 4-100Mbps | 4-100Mbps | Kesan
terhadap Interference | Kurang
terdedah | Sangat
terdedah | Lain-lain | Komponen
elektroniks lain amat murah | Memerlukan
hub/switch (kos lebih mahal) | SItuasi
terbaik untuk digunakan | Rangkaian
sederhana ke besar yang memerlukan kadar
sekuriti yang tinggi | Site
yang kecil hingga sederhana |
* Panjang maksimum berbeza
dengan cara pemasangan. Dan juga semakin maju teknologi,
panjang maksimum akan bertambah.
|
| LOCAL
AREA NETWORK
PEER TO PEER
dan CLIENT SERVER NETWORKING
 | Mari kita
lihat perbezaan antara peer to peer networking dan
Client Server networking.
Peer to peer networking melibatkan dua atau lebih PC
untuk berkongsi resources bersama. Resources yang
dimaksudkan di sini adalah seperti hard disk,CDROM,
printer , file dan sebagainya. Dengan menggunakan cara
ini, semua user dalam network tersebut boleh berkongsi
resources tersebut bersama contohnya user A boleh
menggunakan CDROM drive user B, atau user B boleh
berkongsi files di PC user A .
Contoh paling mudah untuk membina peer to peer
networking adalah dengan menggunakan sambungan cross-over
cable antara dua PC.Sebuah cable UTP diperlukan
untuk membuat sambungan tersebut dan kedua-dua buah PC
juga perlu mempunyai Ethernet Card (network interface
card).
Untuk peer to peer networking yang lebih besar,
hub/switch boleh digunakan supaya lebih banyak
PC/printer dan peralatan komputer lain boleh
disambungkan bersama.
Setelah semua sambungan hardware dibuat, network
operating system seperti
Windows 9x,Windows for Workgroup,Artisoft LANtastic, dan
NetWare Lite dan semua variasi UNIX dan Linux. |  | Secara
amnya peer to peer network ini amat mudah untuk di
mantain dan tidak mungkin tidak memerlukan seorang
system administrator.
Ianya juga adalah cara mudah, murah dan sesuai untuk
dipasang dan di mantain bagi sebuah network kecil yang
mungkin terdiri daripada beberapa buah PC dan printer
sahaja seperti di sebuah office kecil dan rumah..
|
ETHERNET

Gambarajah awal Ethernet | Ethernet
boleh dikatakan sebagai LAN (Local Area
Network) teknologi yang paling popular
jika hendak dibandingkan dengan
teknologi lain seperti Token Ring dan
FDDI. Ethernet menjadi pilihan kerana
teknologinya boleh dikatakan mudah dan
murah untuk dibina dan di
"troubleshoot". Orang yang
paling popular bila kita bercakap
tentang Ethernet adalah Charles E.
Spurgeon dan dia menulis buku
Ethernet: The Definitive Guide keluaran
O'Reilly.
|
Ethernet
menggunakan konsep Carrier Sense
Multiple Access with Collision Detection
(CSMA/CD) protokol refer standard IEEE
802.3.
Konsep CSMA/CD adalah pengurusan bagi
penghantaran frame oleh komputer/device
secara serentak.
Semua komputer boleh menghantar frame
pada bila2 masa tetapi akan cuba melihat
dahulu jika ada komputer lain menghantar
frame, ia akan menunggu untuk seketika
(random time) dan menghantar semula
apabila berlaku kekosongan. Secara
teknikalnya apabila komputer A contohnya
cuba menghantar packet ia akan melihat
dahulu jika ada kehadiran signal digital
pada wayar (kabel UTP cthnya) tersebut.
Jika clear (tiada signal )maka
penghantaran packet akan diteruskan dan
jika ada signal (line digunakan) maka
signal jam akan dihantar supaya komputer
A berhenti menghantar packet tersebut.
Jika cubaan hantar sebanyak 15
kali berlaku (collision) dan line masih
busy, time out akan berlaku dan packet
perlu dihantar semula.
Ethernet menggunakan sambungan twisted
pair (1OBaseT etc) dan coaxial (10Base2
etc.). Half Duplex Ethernet menggunakan
satu wayar dan Full Duplex menggunakan
2 wayar .

Pilihan
Medium
Ethernet menyediakan pilihan medium
penghantaran yang berbeza dari segi
kelajuan dari 1Mbps sehinggalah
1000Mbps.
Medium tersebut adalah tersenarai
dibawah :-
Thick
coaxial cable | dipanggil
baseband,thicknet atau 10Base5.
(500MHz) | Thin
coaxial cable | dipanggil
thinnet (50MHz) | Kabel
Kategori 3- Cat 3 | 10BaseT(16
MHz) | Kabel
Kategori 5 - Cat 5 | 10BaseT,100BaseT
(Fast Ethernet)-100MHz | Fiber
optik | 1000BaseT
atau Gigabit Ethernet. -tidak
terhad. |
Nota: Kabel Cat 4 twisted pair hanya
digunakan untuk 16Mbps bagi rangkaian
Token Ring. Dan jika dilihat penggunaan
Cat 5 memudahkan bagi kita untuk
rancangan upgrade akan datang jika
network kemudiannya diupgrade dari
10Mbps kepada 100Mbps atau Fast
Ethernet.
Satu lagi yang perlu diberi perhatian
adalah penggunaan full duplex pada NIC.
Jika NIC anda menyokong penggunaan full
duplex maka bolehlah anda gunakan tetapi
perlu dibuat kepada kedua-dua belah
pihak jia tidak sambungan tersebut akan
menghasilkan banyak error.Perhatian
perlu diberi iaitu full duplex hanya
boleh digunakan pada sambungan kepada
switch dan router sahaja. Hub
tidak boleh menggunakan full duplex.
http://www.worldzone.net/computers/arafip/ethernet01.gif
Lihat gambarajah diatas. Pemilihan
Gigabit Ethernet sebagai sambungan
backbone dari router, dan server
menggunakan Fast Ethernet adalah
berdasarkan beban yang dibawa oleh
mereka.
|
|
|
|
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar